SELAMAT DATANG KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Home


Selamat datang ke blog Kaki Santai!!!! Anda akan melihat tentang keunikan Kelantan dan perkara yang dapat menarik perhatian anda terhadap Kelantan.

Image result for bendera kelantan

Kelantan yang dikatakan berasalnya daripada perkataan"gelam hutan" yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron, serta nama "kilatan" atau "kolam tanah". Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.

Sebenarnya terdapat banyak tempat yang menarik di Kelantan ini. Negeri Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan pelbagai adat budaya dan kaya dengan pelbagai masakan yang sedap dan murah. Oleh sebab itu, kita boleh panggil negeri Kelantan negeri yang bertuah! Itulah yang kita selalu dengar daripada penduduknya dan masyarakat di Malaysia.

Ini adalah salah satu pakej pelancongan ke Kelantan! Ia adalah antara pakej yang termurah dan mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Pakej ini adalah salah satu pakej santai yang lebih menumpukan ke tempat-tempat tarikan makanan.










No comments:

Post a Comment