SELAMAT DATANG KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

Foods


NASI ULAM CIKGU

Nasi Ulam Cikgu, satu nama gah dalam peta pelancongan Kelantan yang membawa citarasa dan budaya Kelantan ke pecah liur seluruh rakyat Malaysia yang pernah menikmatinya.
Nasi Ulam Cikgu terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah. Kawasan ini suatu ketika dahulunya adalah kawasan Istana Diraja Kelantan.

WARUNG PAK MAT 

Dengan keenakan teh tarik yang dijual di warung ini, memang harganya cukup berbaloi. Air teh tarik dengan menggunakan gelas yang tinggi dan boleh ditambahkan lagi dengan madu, menambahkan lagi keenakan dan kemanisan teh tariknya.

KEDAI NASI KERABU

Ada dua jenis Nasi Kerabu yang disediakan di Kelantan. yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa adalah dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu.


RESTORAN RAJA IKAN BAKAR

Raja Ikan Bakar memberi kelainan dalam menu masakan mereka tidak seperti ikan bakar di tempt-tempat lain. Raja Ikan Bakar ini hanya ada satu menu iaitu ikan bakar tawar yang dicicah dengan belacan, kicap, dan pinyit limau nipis. Cara makannya juga simple sahaja tapi bila kena sekali mesti nak lagi! Tapi awas kerana sambal belacannya sangat pedas! Ada bermacam-macam jenis ikan laut yang ada disini seperti ikan kerisi, cencaru, ikan merah, kerapu, siakap, sotong, ketam dan udang.

DIN RAJA AIR NYIOR

Terdapat banyak kedai yang menjual air kelapa namun tidak sepopular di sebuah kedai di Kubang Kerian yang popular dengan air kelapanya. apa yang istimewanya adalah air kelapa yang mempunyai pelbagai campuran seperti cendol dan cincau. Dengan aromanya yang manis dan memikat orang ramai dengan keunikkannya, kedai Din Raja Air Nyior merupakan sebuah destinasi yang wajib dilawati untuk dinikmati minumannya.

MATSALLEH BURGER

Kedai Matsalleh Burger merupakan sebuah tempat makanan yang popular dan tempat yang anda boleh memulakan hari dengan sarapan ala-ala western seperti waffle dengan aiskrim, burger, spageti lalah dan juga ada terjual ABC yang bercampurkan aiskrim yang memang enak. Kedai ini terletak di Jalan Sultanah Zainab. dan jika anda tertanya-tanya di sebalik nama kedai itu dipanggil "Matsalleh Burger", ini adalah kerana pemilik kedai ini adalah seorang matsaleh! 

SATAY RAZAK WAKAF BHARU

Kedai satay Wakaf Bharu merupakan antara kedai satay yang di sarankan untuk dilawati kerana popular dan menjadi sebuah tempat tumpuan di Kelantan. Kedai satay ini dibuka di Tumpat, Kota Bharu dan dibuka dari 5 pagi sehingga 10 malam.

ALEMY MEGGI KETAM

Restoran Alemy meggie Ktam ini amatlah popular dan pernah didatangi selebriti-selebriti popular. Restoran yang terletak di Cherang Ruku, Kelantan merupakan sebuah tempat yang sentiasa dipenuhi pelanggan sehingga mereka terpaksa menempah dahulu tempat duduk. Di sini, ketam yang digunakan adalah ketam nipah dan anda boleh memilih sendiri ketam tersebut yang ingin dijadikan santapan anda dan ketam tersebut masih hidup. Ini bermakna menu anda nanti masih segar. Restoran ini juga merupakan restoran yang pertama membuat menu meggi ketam.

YATI AYAM PERCIK

Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan arang kayu serta sos perciknya memang sangat istimewa dan 'lemak berkrim'. Anda akan dapat menikmati ayam yang baru siap dibakar secara tradisional dan boleh menjamu selera dikala ayamnya masih panas. Selain ayam percik, terdapat juga pelbagai masakan lain seperti sup tulang, ayam kampung, burung puyuh, ikan cecaru bakar, daging bakar, gulai kawah, gulai serati dan pelbagai jenis kuih muih. Semua makanan ini pasti akan membuka selera anada apabila sampai ke restoran ini.



NASI KAK WOK

Anda mesti tertanya-tanya siapa itu kak wok? Kenapa nasi kak wok ini begitu popular di Kelantan? Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di negeri Kelantan akan tertanya-tanya tentang nasi ini. Restoran ini terletak di Jalan Masjid Lundang, Kota Bharu.





No comments:

Post a Comment